CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 31, 2009

f.r.i.e.n.d.s

Sahabat,kawan,teman,friend,n lagi2 words yang seangkatan dengannya yang kita gunakan lam life sehari2 untuk orang yg datang lam hidup kita yg mewarnai perjalanan hidup kita.sejak dr kecik,akn ad bertambah network,means silih berganti koleksi kengkawan kita kan??
Some of them datang lam hidup kita cam anginlalu,xsempat nk berbekas kt hati da hilang,
Ad yg lame sgt kwn,,almost all the things kte RASA kte taw pasal mereka,,tup2..maseh jgk ad sket persengketaan..tp biasalah adat persahabatan,,lpas 2,3 hari berbaik jgk..PEOPLE WE LOVE DA MOST THAT WE HURT DA MOST..huh??
Ad jgk kwn yg dtg skejap jer lam hidup ne,,tp entah kenapa Allah campakkan perasaan yg sangat kuat,,rasa sgt serasi..rasa mcm dye adalah aku..rasa mcm sgt bahagia sbb xperlu ckp,dye dh tau apa dalam hati ini,,susah sangat nak lepas,,
Ad jgk yg kita kwn because of same interest,,sme2 ske art( I luv art),,then..da rest bout them,,we juz ignore coz we think its none of our business..CRUEL gle,,hopefully I’m not dis type of fren,,
Ad jgk kwn yg kte letak expectation sgt tinggi,,sampaikan kte harapkan dye perfect n xkan buat silap,once kita nampak dye silap,kita rasa ralat,,sedangkan kita tau bahawa kwn tersebut jgk manusia biasa,,bukankah kita sebagai kawan yang harus melengkapkan,saling menegur kesalahan,saling memperkuatkan satu sama lain??
Lg,ad jgk kwn yg kita cari ble kita susah jer,,nk cter kesedihan jer,, tyme hepy,,1 sms pom tidak,,mungken kita rasa dye lah tempat mengadu yang terbaik,,
Tp adakah kita tau,,d sbalik senyuman dye pon tersimpan 1001 masalah??
Ad jgk kwn yg kita kenal baru beberapa jam tp dye mampu untuk treat kita cm famili member dye,,sbb dye tau kita semua adalah saudara,,KEIKHLASAN tu sangat mudah menyentuh hati kita,,especially me..

Apa2 pon,,jadilah sahabat yang BERSAHABAT KERANA ALLAH,,
Kita akan merasakan kita sentiasa perlu bersama2 dengan sahabat kita,senang atau susah…senyum atau sakit,panas atau hujan..
As for me, I believe on we just give something to others and not hope on return,,
Because we all knows wat goes around comes around,right??
You give love and respect,,sooner or later,,u’ll earn them back,,,
Allah knows da best for us,,
Sy harapkan sy mampu menjadi seorang sahabat yang baik,,.
Sy harapkan sy mampu untuk bersama2 dengan sahabat2 tercinta untuk mengejar cinta Maha Pencinta.

SAYA SAYANG KAWAN2 SAYA WALAU DI MANA KORANG BERADA TETAPI KORANG SENTIASA BERKUMPUL DALAM HATI SAYA.
thanks for being my frens,,

P/s: type of fren above was wrote randomly based on my observation for quite some tyme,,
Tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yang da pindah!

Friday, December 18, 2009

aku berjaya tetapi,,

INI ADALAH ARTIKEL YANG DIAMBIL DR LANGIT ILAHI.COM
SEMOGA BERGUNA UNTUK PANDUAN KITA SEMUA.

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Jangan rasa gundah bila anda menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi anda masih tidak berjaya di dalam pelajarjaran mengikut neraca manusia lain. Contoh macam seorang kawan saya. Dia mendapat 2A, sedangkan pada pandangan manusia biasa, cemerlang itu dikira dengan A yang banyak. Tetapi apa kata kawan saya?

“ Ana dapat hidup tenang, bahagia, boleh lagi beribadah kepada ALLAH, kemudian ana masih boleh hidup dalam ketaatan kepadaNya. Maka itupun ana dah puas hati la Hilal. Mungkin ana tak ada rezeki dalam SPM, ana ada rezeki dalam benda lain.”

Nampak? Dia tidak jauh dari ALLAH, malah bersangka baik kepadaNya, menerima dengan redha, ditambah pula dengan azam untuk berusaha di lapangan lain pula. Pada saya, itulah kecemerlangan yang sebenarnya.

Saya masih ingat kata-kata guru Al-Quran saya, Ustaz Abdul Hadi bin Othman, apabila saya pertama kali menjejakkan kaki ke MATRI. KKata beliau,

“ Antum datang sini, kami nak bagi antum menjadi manusia yang soleh, yang cemerlang akhlak, yang terjaga syahsiah, yang bersih pemikiran. Bukan untuk kaut A bertimbun. Kalau antum dapat banyak A dalam peperiksaan, maka itu adalah bonus.”

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak.

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, December 17, 2009

welcome 1431H.

assalamualaikum

sebentar tadi dah pun masuk tahun baru 1431H.di rumah saya di Terengganu yang indah,maghrib tadi hujan turun dengan renyai2 menyambut 1Muharam.saya berasa bahagia.Alhamdulillah,saya masih berpeluang untuk merasai 1Muharam.tidak terkira banyaknya nikmat yang telah Allah berikan kepada kita.nikmat yang paling besar dan manis tentulah nikmat Islam dan Iman.Saya sendiri sebenarnya seringkali terleka denagn segala nikmat yang telah Allah berikan.kadang2..ter'RIAK' dengan apa yang kita ada.kita juga sering merasakan tidak cukup dengan apa yang kita ada,tidak bersyukur..
“ Dan ingatlah ketika RABB kamu berkata, jika kamu bersyukur maka AKU akan tambahkan(nikmat kamu)…”(Ayat 7, Surah Ibrahim)

sesekali Allah menguji kita,kita merasa berputus asa sedangkan jika difikirkan setiap ujian Allah itu untuk mematangkan kita.Allah tidak menyukai hamba2Nya mudah berputus asa.
“ Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan mengatakan kami beriman sedangkan mereka masih belum diuji?” (Ayat 2, Surah Al-Ankabut)
emak saya selalu berkata,Allah akan menguji hamba2 yang Dia sayang,jadi berlapang dadalah dengan ujianNya.
sesungguhNya setiap kesulitan pasti ada kesenangan.

bagaimana pula dengan hubungan kita dengan sesama makhluk?jujurnya saya MENGAKUI,saya insan yang penuh dengan kekhilafan,yang masih banyak sifat mazmumah.saya masih lagi bukan along yang baik,saya bukan pelajar yang baik..saya juga bukan sahabat yang baik.tapi Insya Allah,saya akan cuba sedaya upaya untuk mengubah diri saya..meMATANGkan sikap saya.mengubah paradigma saya.saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan saya.

Lastly..
saya,FATIMATUZ ZAHRAH ASRI ingin menjadi HAMBA yang lebih baik untuk mencapai cintaNYA,,

p/s:salam Maal Hijrah.

~10.34p.m waktu malaysia.

welcome 1431H.

Monday, December 7, 2009

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali ke dunia nyata.