CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 18, 2010

KEKASIHKU XD

salam alayk..

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

- Artikel iluvislam.com

Sunday, November 28, 2010

LAYAKKAH saya?



'Layakkah saya berdakwah?', tanya seorang rakan kepada saya. 'Kenapa tanya soalan begini?' 'Erm. Saya ni jahat, selalu buat dosa. Ilmu agama saya cetek. Amal soleh saya sedikit. Saya tak layak' Oh. Nampaknya kamu sudah salah faham.... Dakwah: Mengapa ia perlu? Mengapa kita dituntut untuk berdakwah? 'Kerana Allah suruh'. 'Tapi, mengapa Allah suruh?' Senyap. 'Ayuh. Jawablah, mengapa Allah suruh kita berdakwah?' Sepi. 'Maaf, saya tidak tahu...' Ya, tak ramai dalam kalangan 'orang dakwah' faham mengapa dakwah ini difardukan kepada kita. Banyak sebab sebenarnya! Jika kita ada usaha untuk 'menggali' maksud ayat-ayat al-Quran, pasti kita akan faham mengapa Allah menyuruh kita berdakwah.

Sebab Satu: Kerana Allah mahu menjadikan kita insan beriman. Apa maksud iman? Iman ialah meyakini kekuasaan Allah dengan hati, mengakui dengan lidah dan membuktikan dengan amalan. Siapakah manusia yang paling beriman diatas dunia ini? Rasulallah s.a.w, Abu Bakar r.a, Umar r.a, Usman r.a, Ali r.a, para sahabat dan seterusnya generasi-generasi selepas mereka. Bagaimana mereka mendapat iman? Jawapannya satu, iaitu kerana mereka berdakwah. Rasulallah ialah seorang manusia. Dan setiap manusia, belajar. Rasulallah juga belajar. Siapa guru Baginda? Allah. Apa yang Allah ajar? Wahyu. Maka, kita perlu kembali kepada wahyu... Perasan atau tidak, dalam banyak tempat di dalam al-Quran, Allah memulakan firman-Nya dengan perkataan 'Qul' yang bermaksud 'katakanlah'. Ini yang Allah ajar kepada Rasulallah- 'Cakaplah, beritahulah dan sampaikanlah wahyu'. Inilah dia dakwah. Kita bercakap tentang perintah-perintah Allah. Kita beritahu tentang larangan-larangan Allah. Dan kita sampaikan berita-berita dari Allah. Dan inilah yang dilaksanakan oleh Rasulallah, dan diteruskan oleh para sahabat serta generasi selepas mereka. Apa yang mereka dapat dengan 'bercakap?' Mereka mendapat keimanan. Mereka dapat keyakinan, dan mereka mendapat perasaan 'dekat' dengan Allah. Beritahu saya, siapakah dalam kalangan sahabat Rasulallah yang tidak berdakwah? Tiada. Semuanya berdakwah. Maka, jelas bahawa kita perlu bercakap tentang keesaan Allah, supaya ia hadir dalam diri kita.

Sebab Dua : Kerana Allah mahu menguji kita. Allah paling hebat. Tiada keraguan tentang fakta itu. Tapi, Allah sengaja tidak jadikan semua manusia ini islam. Mengapa? Bukankah Allah berkuasa untuk melakukan sedemikian? Ya, Allah mampu mengislamkan semua manusia di muka bumi ini. Tapi Allah tidak buat begitu. Mesti ada sebab. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"-al ankabut ayat 2. Allah mahu uji kita. Dan inilah tanda Allah sangat adil. Ya, Allah adil. Dia beri kita ujian. Dan Allah juga sediakan ganjaran, habuan bahkan, denda juga. Sesiapa yang lulus ujian, maka dia dibalas syurga dan siapa gagal, maka dia akan dibalas dengan neraka. Theory wise, senang. Tapi praktikal, belum tentu... Tanggungjawab berdakwah juga ialah satu bentuk ujian kepada kita. It is a must.

Sebab Tiga: Keselamatan. Satu analogi. Kita berada dalam satu kapal yang besar. Kapal mewah 2 tingkat. Kita berada di tingkat atas. Di tingkat bawah, ada beberapa orang manusia 'nakal' yang sedang berusaha menebuk lubang pada kapal itu. Alasan mereka, mereka mahu membuat lubang di dasar kapal kerana mahu memasang jala dari dasar kapal. Logiknya, lebih dalam, lebih banyak ikan. Kita yang berada di tingkat atas tahu bahawa jika mereka membuat lubang juga, kapal ini akan karam. Lalu, apa tindakan kita untuk 'menjawab' alasan mereka yang jahil itu? Adakah kita akan membiarkan, lalu kita turut sama karam. Atau, adakah kita akan katakan 'Stop! Jangan buat' kepada mereka? Inilah dakwah. Kita memberitahu kesan-kesan perbuatan salah mereka. At the end, bukan setakat mereka yang selamat, kita juga akan selamat.

Sebab Empat: Cinta Satu lagi analogi. Kita ada satu ekar kebun. Disebelah kebun kita, ada satu ekar lagi kebun milik orang lain. Kebun kita ini baik. Kita potong semak samun dan kita bagi ia lapang. Tapi kebun jiran kita tidak. Kebunnya penuh dengan semak samun. Bahkan pasti, ada hidupan berbisa seperti ular di kebunnya. Kebun kita tidak ada ular, tapi kebunnya ada ular. Satu hari, ular yang mendiami semak samun itu masuk ke dalam kebun kita. Boleh bayangkan apa terjadi? Ya. Kita akan dipatuk ular. Lihatlah sendiri. Kita tidak boleh menjadi baik sorang-sorang. Tidak boleh. Sebaliknya, kita juga perlu ajak 'jiran' kita untuk 'membersihkan kebunnya bersama-sama'. Kesannya jelas, supaya jika datang musibah atas sebab maksiat yang berleluasa, musibah itu akan menimpa semua, bukan sekadar pelakunya. Jangan ingat kita baik, kita selamat. Belum tentu..kerana yang pasti, orang baik pasti tidak mahu jadi baik seorang-seorang, dia pasti mahukan semua orang jadi baik juga- Dakwah!

Sebab Lima: Kerana Islam menjaga. Dahulu, ketika virus H1N1 sedang menular, semua orang dituntut untuk memakai topeng. Sesiapa yang terkena jangkitan wabak ini pula, akan dikuarantin. Mengapa? kerana kita tahu bahaya nya virus ini. Virus H1N1 ini kita boleh ibaratkan sebagai dosa. Dosa, sifatnya ialah ia akan merosakkan diri kita, dan juga diri orang lain. Maka, orang yang berdosa ialah orang yang 'memberi ancaman' kepada kita. Mari kita merenung sebentar. Apakah dosa yang memberi manfaat kepada kita? mencuri? membunuh? mengumpat? mengeji? membuka aurat? berzina? arak? judi? Inilah dia islam. Dalam islam, apa-apa saja perkara yang memberi mudharat adalah haram, kerana islam menjaga 5 aspek kehidupan. Islam menjaga akal kita. Kerana itu, arak haram. Islam menjaga harta kita. Kerana itu, judi haram. Islam menjaga keturunan kita. Kerana itu jugalah zina diharamkan. Islam juga menjaga diri kita. Kerana itu jugalah Islam melarang kita dari mencederakan diri dengan sengaja seperti ritual agama-agama lain. Dan paling utama, islam menjaga akidah kita. Kerana itu kita dilarang syirik dan khurafat. Mahu selamat di dunia dan diakhirat? -Tinggalkan dosa. -Tinggalkan maksiat. Dan, ajak manusia dia sekeliling kita untuk meninggalkan dosa serta maksiat bersama-sama kita.

Sebab Enam- Lombong pahala. Kita banyak dosa. Siapa mahu mengaku bahawa diri dia tidak punya dosa? Dosa dan pahala silih berganti. Jadi, bagaimana mahu menambah pahala? Pahala adalah seumpama duit. Namun, ia tidak laku untuk membeli apapun kecuali syurga. Hanya syurga sahaja yang mampu 'dibeli' dengan pahala. Dan disisi Allah, atas sebab adilnya Allah, Dia sediakan satu tempat kita menimbang, al mizan. Disana, kita akan dikira dengan penuh teliti dan adil. Malangnya, nyata dosa kita lebih berat berbanding pahala. Maka, terkulat-kulat kita disitu tercari-cari pahala. Ada kah? Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak ke jalan hidayat, maka baginya pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun" -Riwayat Muslim

Sebab Tujuh: Memudahkan amal. Apakah dakwah yang paling kerap kita dengar? Ya.azan. 'Hayya ala solaah'- mari bersolat. Itu dakwah yang istimewa. Kerana itu, syariat nya hanya 5 kali sehari. Orang yang nak menyeru, pasti akan datang dahulu kepada apa yang diserunya. Contoh lain. Jika seorang ibu mahu mengejutkan anaknya untuk bangun awal pagi untuk ke sekolah, si ibu harus terlebih dahulu bangun 30 minit lebih awal dari si anak. Kerana itulah orang yang buat dakwah, mereka lebih mudah untuk beramal kerana ada 2 force yang push mereka, iaitu 'ini perintah Allah' dan juga 'aku ajak orang, aku kena buat lah'. Sekarang, tahulah kita sebab apa kita susah nak beramal, iaitu kerana kita telah meninggalkan dakwah.

Kesimpulan Dakwah itu seumpama ubat sakit kronik. Kita boleh memilih untuk makan atau tidak, tapi kita sedia maklum akan kesan jika kita tidak makan ubat. Saya baru jawab persoalan tentang "sebab" dan saya belum menyentuh bab "aku bukan baik untuk berdakwah". Apapun, semoga dengan kehadiran artikel ini, kita menjadi lebih bersyukur kerana diberi mulut dan diberi pancaindera. Moga-moga kita dapat gunakan mereka untuk berdakwah.
Ingat, dakwah ialah untuk mendapat iman, bukan untuk mendapat habuan dunia.

dipetik dari bayyinat.sangat sweet kan?begitulah..kita cuba dengan sekadar yang kita mampu.walaupun kecil pada pandangan kita kita inshaAllah tinggi di sisi Allah.

Tuesday, November 16, 2010

sacrifice!!

salam alayk..

hmm..sekarang dah lewat malam malah esok merupakan hari raya aidil adha buat penduduk msia..sebenarnya,saya sangat gembira kerana esok adalah hari kita memperingati tentang pengorbanan.yang mana rasanya semua dah tahu tentang sirah Nabi Ibrahim a.s.setelah kesekian kalinya saya berfikir,mungkin inilah masanya,yang terbaik utuk kita menghakis sisa-sisa jahiliyah yang masih berbaki,yang selama ini rasa sangat sukar untuk dibuang...semoga saya kuat dan tabah.kerana untuk satu perkara ini,saya sedar sudah berkali2 saya melafazkan untuk melepaskan namun sukar..ya,memang people can accept it when i use ''i'm just a normal human being,far from perfection.''but aint wrong for me to give chance to myself to improve.i'm thinkin of a phrase from Versus by Hlovate~ if everything we did and we justified it,,there will be no such thing as DOSA then.yes,we always cari alasan untuk tinggalkan perkara2 yang lalai,,kn??wink2*
by the way,I think I should share sumthin from Versus(you shud read this,,seriously)
when,,Ashraff (street skater boy) actually want to change because of Minn..then Allah give him more,he see the beauty of Islam..yet we all know,,hidayah could come via bermacam2 cara as long as we really2 ikhlas to change.CHANGE FOR GOOD,,right?then,he start from basic,from zero(perhaps) until he reach a level that i think as a muslim,,we should.not only just do prayers five time a day then we feel like 'aku sudah baik'.how about aqidah kita?pegangan kita?truly to Him..then,,go further to our aurat,ikhtilat.how well do we hold to Quran and Sunnah?..yes,we can choose.really..to stay as igronant(which is we should not be coz all learnt pendidikan agama mse skolah dulu rite?) or to turn back,check ourselves,our iman!
things that really make me touched is Ashraff even do transform in way the music he listen to..Islam gives us everythin,now it just up to us to choose!the rest of the story i think you shud read it by ur own!
hopefully i could keep this until the last of my time..InshaAllah..

btw: this should be the best between us,,

Wednesday, November 10, 2010

sweet escape!

salam..
actually da title above does not suit this post well but suddenly feel to write that.
our third sem is going to the end as there is only one more paper to be done..
weee.. mr.C~(ACTUALLY I SHOULD STUDY CHEMISTRY RIGHT NOW)
I'M GONNA MISS THIS SEM WITH ALL THE HECTICNESS,,EMO DRAMA AND EVERYTHIN.

REALLY..
because you know this sem was really tiring,but luckily everythin went well(except the final exam questions) SOMETIME WE CANNOT PUT HOPE TOO MUCH ON CERTAIN THING BECAUSE WHO KNOWS THAT WHAT WE WANT IS NOT ALWAYS THE THING THAT WE SHOULD GET..

i love it when my Physics lecturer said that ''it is not important about the answer but how you get it is the matter''so.. I learnt,we should put 100% effort on what are we doing but the output that we may get,only Allah knows the best..left it to Him and also I realized that we should not dwell too long for such thing that we dont get it..like Mathematics ;)
because we suppose to fight back and try our best..

Another turning point;
a fork stuck in the road.

Time grabs you by the wrist;
directs you where to go.

So make the best of this test
and don't ask why.

It's not a question
but a lesson learned in time.

It's something unpredictable
but in the end it's right.
I hope you had the time of your life.

So take the photographs
and still frames in your mind.

Hang it on a shelf
In good health and good time

(part of greenday song that i think is very suit for this post)

oke then..salam,

Wednesday, October 27, 2010

malas??hmm,,think again.

salam alayk,


couple days ago,,saya elah membaca artikel tentang kewajipan kita bersungguh2 dalam pelajaran kerana sesungguhnya belajar itu adalah kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. study tu amanah Allah,,sanggup ke untuk kita bermain2? dan terus menjadi fitnah kepada agama kita sendiri?
mungkin ada yang berkata,i've done everythin,still cannot score..sabarlah,,yakinlah bahawa Allah memandang setiap usaha kita.jangan sedih sebab Allah tahu yang terbaik untuk kita.mungkin belum masanya,mungkin dengan kejayaan sekarang,kita akan alpa,,sesungguhnya tiada suatupun yang Allah jadikan sia-sia di atas muka bumi ini.kita jer,nk ke tak nak belajar sesuatu,,

life is a great test!

Thursday, October 7, 2010

confession

bismillahirahmanirrahim..


assalamualaikum,

sangat berbeza perasaan di petang ne,(despite of sakit gigi yang mnguji sabar and xsempat g klinik da tutup)
bila perasaan ingin makan bercampur baur dengan perasaan sebak dan terharu.

sebab sejak matang ini,saya sangat ego sebenarnya sangat sukar menitiskan air mata to be compared ngan fatimatuzzahrah beberapa tahun dulu,
apabila dengan tidak sengaja ternampak dis little boy( not really little,around 9) still wearing baju sekolah dia at 7 p.m.
once terpandang kat adik ne,tetiba teringat my childhood.i dunnoe why!
like i want to have the time machine and go back at that moment.actually its hard to explain.really.
because usually when i see little baby,or even boy and girl i just think nothing.perhaps just think ''this girl so cute,or so smart whatsoeva''
sangat berbeza dengan adik tadi.with his naive and innocent look makes me feel like crying!
tp selaku seorang yang ego,,hmm..i just smile at him and curi2 pandang almost every second.i think he could realize it and really wish to sit and talk to him.
i see part of my life.i confused.i still remember that face.hopefully,we can meet again~

Tuesday, October 5, 2010

waktu yang berlalu pergi

salam,


okaay,sebenarnya terasa sedikit serba salah bila nak post ne.tp aku sebagai manusia yang serba kekurangan dan sangat biasa ne,,(and anyway this is my blog,so...)

first,this couple weeks,i dunt feel good about almost of the things! when there's something nice i expect to come,then,there'll be anythin else that could make me down.

okay,,we cannot change people,obviously,how they act,how they behave etc but i really wish i could whisper to this person ''HEY2,,AWAK JOM LAH KAWAN NGAN SAYA!!
tolong lah jangan salah faham,saya bukan rasa saya baik dan bila this person kawan ngan saya dia pon boleh jadik baik juga.bukan!bukan!
!

but i can see through this person eyes(chewahh) that dia sebenarnya good people but ntah,,what makes dia like nampak,or appear not so good in the public's eyes..i dunnoe either coz i'm just a normal person without the sixth sense whateva!